Tuesday, July 31, 2012

Tempahan Roll Lapis

TEMPAHAN ROLL LAPIS - TUTUP
Pengiriman terakhir 14 Ogos 2012

Roll Lapis Segitiga (RM18.00/roll)
Roll Lapis Mini Mozek (RM18.00/roll)

Menggunakan POSLAJU untuk pengiriman ke seluruh Malaysia, sila lihat maklumat di sebelah kiri untuk kos pengiriman.  





Friday, July 27, 2012

Red Velvet Cupcakes







Kek kegemaran anak-anak tersayang sejak mereka masih di sekolah rendah lagi.  Hari Raya Pertama .... ini memang mesti ada, hari-hari lain pun bila mereka nak makan .... "ibu, lamaaa doh dok makan kek merah"....faham2 je la tu.  Nak minta ibu buatkan.

RM60.00 @ 12 cupcakes in solo cup saiz M (minimum order).
 

Apam Tepung Beras Tapai Pulut



Cara orang dolu-dolu buat apam ni memang menggunakan tapai pulut/beras/ubi.....sekarang dah moden, ada yang menggunakan penaik roti Mauripan.


Resepi Apam


250 gm tepung beras
1/2 cawan gula
2 sudu besar tapai pulut *
2 cawan air







* tapai pulut sy buat sendiri je, duk kat Kajang susah juga nak cari tapai pulut.

Semua bahan di atas dicampur dan kisar hingga rata.   Simpan dlm bekas tertutup @ 5 jam.

Sebelum mewarna, masukkan .....
2 sudu kecil ENO, dan kacau hingga kembang, biarkan 10 minit

Bahagikan adunan kepada dua / tiga bahagian & kacau warna kegemaran anda


Air Pengukus hendaklah mendidih sebelum mengukus apam ini.  
Terlebih dahulu, sapu sedikit minyak di setiap acuan bagi memudahkan anda mengeluarkan apam apabila siap dikukus.


Kukus acuan apam selama 5 minit baru dituang adunan ke dalam acuan dan kukus 15 minit.
Angkat dan sejukkan.


Hidangkan bersama kelapa parut**


** 1 cawan kelapa parut (isi sahaja) + Garam + Gula 

Apam Dewa

Kuih ni orang Terengganu panggil Apam Dewa, yang biasanya dipanggil Apam Kukus ... apa-apa je la.





Mudah saja membuatnya.  Resepinya:-
Loyang bulat 8"

Bahan-bahan:-

4 biji telur
100 gram tepung halus
2 sudu teh baking powder
110 gram gula halus
2 sudu teh ovalette
40 ml susu segar UHT Dutch Lady @ santan pun boleh
40 ml minyak masak
2 sudu teh esen ros
pewarna

Cara-cara:-

Panaskan pengukus.

Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.

Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder.

Teruskan memukul.
Masukkan minyak masak dan susu segar.
Kacau sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
Tuangkan adunan secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.

Selamat mencuba semua.


 

Blog Template by YummyLolly.com