Monday, September 23, 2013

Cupcake Liner

RM10.00 per 50 pcs/pack
+RM6.00 POSLAJU (upto 2 packs)

Base 2", Wall 1.25"


# yellow checked
 #let's party

 # blue checked


 # black white



 # sweetheart

 # shabby green



# lot of cupcakes

Petal Cupcake Liner

RM15.00 per 50 pcs/pack
+ RM6.00 POSLAJU (upto 2 packs)
 

STANDARD SIZE 

#01 Lacey Blue


 #02 - red green


  #03 Lacey Pink


  #04 - polkadot white


#05 - red white blue


Monday, August 19, 2013

Extra Moist Vanilla Cupcake with Cream Cheese Topping

RM35.00 with buttercream topping @ 12 pcs solo cup size M (minimum order).





Friday, August 2, 2013

Tempahan Aidil Fitri 2013 - tutup

Assalamualaikum wbt....maaf kerana lama betul tak 'update' aktiviti kat Cakes n Cakes.  Agak sibuk dengan tempahan kek sejak akhir-akhir ini.

Tahun ini tempahan untuk kek lapis (8" x 8") dah siap dibuat.  Pelanggan tetap seperti biasa 8 biji kek setiap tahun (Lapis Masam Manis, Lapis Alunan Peppermint, Lapis Prune), pelanggan baru pulak, selain kek lapis ini, roll lapis tetap menjadi pilihan mereka.  Tempahan telahpun siap semuanya & telahpun diambil oleh pelanggan masing-masing.

Tempahan kek hanya dibuat pada minggu ketiga bulan Ramadhan bagi memastikan ianya enak dimakan.

Kek Lapis (8"x8") @ 12 biji
Kek Kukus Buah Campuran @ 9 biji
Roll Lapis Triangle @ 40 
Roll Lapis Mozek @ 20
Roll Lapis Ketupat @ 20

Gambar pun tak sempat nak snap2 .....

Monday, May 6, 2013

Buttercakes



Setiap biji RM45.00 (8" x 8")






Wednesday, March 27, 2013

Roti Beluda asli Terengganu




RESEPI

6 sudu besar gula
5 sudu besar marjerin/butter
1 sudu kecil 'bread softener' * kalau tak letak pun tak mengapa
2 cawan tepung gandum
3 biji telor

1/2 paket yis kering
sedikit air + gandum untuk dicampur bersama yis (biarkan sekejap)

Gaul kesemua bahan ini  dengan tangan hingga rata & sebati, kemudian masukkan ibu roti (yis) yang telah disiapkan terlebih dahulu.  Gaul rata-rata dan pastikan tiada lagi adunan berketul-ketul.

Masukkan sesudu besar adunan dalam 'papercup' sehingga habis dan biarkan selama 1 - 2 jam agar adunan naik.

Bakar dalam oven dengan kepanasan 150C selama lebih kurang 20 - 30 minit.



Caramel Cake









RESEPI

Karamel

1 sudu besar gula kasar - masukkan dalam loyang & masak hingga gula cair & bertukar kepada warna perang aka hangus.  Ratakan & biar ianya mengeras dalam loyang.

Puding

200 ml susu cair
50 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji kuning telor

Kesemua bahan dikacau pelahan hingga rata dan sebati.  Jangan dipukul (bagi menggelakkan berlubang2 puding apabila dibakar nanti).  Tuang dalam loyang yang ada gula hangus aka karamel tadi.

Kek
Bahan 1

6 biji putih telor 
60 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla 

Kesemua ini dipukul dengan 'High Speed' hingga putih telor kental & bertanduk aka tidak jatuh bila diangkat.

Kek
Bahan 2

140 gm tepung naik sendiri (kalau tepung biasa, tambah 1 sudu kecil baking powder)
3 biji kuning telor
70 gm gula kasor
45 gm minyak jagung / butter cair
135 gm air / susu segar

Kesemua bahan ini dikacau rata dan sebati.  Tuang ke dalam adunan putih telur (Bahan 1) di atas dan pukul hingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (warna merah, hijau & satu biarkan warna asal).  

Senduk-sendukkan berlapis-lapis di atas loyang yang telah siap dengan bahan puding di atas.

Bakar secara 'steam bath' (masukkan satu loyang berisi air di lapisan bawah rak oven) dan bakar dengan kepanasan oven 150C selama 40 minit.  Apabila masak, biarkan sejuk sedikit @ 10 minit baru ditelangkupkan kek ini.

Simpan di dalam petisejuk sebelum dipotong & dihidang.

Selamat mencuba.





 

Blog Template by YummyLolly.com