Monday, October 26, 2015

Kek Kukus Lapis Marble









Acuan/loyang berukuran 8" x 4.5" x 4.5"
Bahan-bahan
  • 5 biji telur A (dari peti ais)
  • 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
  • 150 ml susu cair
  • 180g gula halus
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/4 sudu kecil garam 
  • 125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna(cadangan sahaja, boleh guna menggunakan esen vanilla sahaja tetapi dipelbagaikan warna2nya)

  • coffee flavor coklat @ hitam
  • pes pandan - hijau
  • pes bluberi -  pewarna ungu
  • pes strawberi -  pewarna pink
  • perisa esen vanilla plain

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang disapu mentega dan alas dengan kertas minyak.
  2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
  3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian @  lebih kurang 170 gm setiap bahagian. 2 bahagian dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee
  4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
  5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
  6. Kek yang sudah masak hendaklah dibiarkan sejuk sebelum dipotong.

Terima kasih kepada DayangJack atas perkongsian resepi.

Tuesday, October 20, 2015

Baking today


Alhamdulillah, managed to bake this tradisional Malay kuih lapis & cinnamon rolls for my beloved family members.




Saturday, October 17, 2015

Kuih Lapis




KUIH LAPIS KUKUS

Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan + 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang 7 inci. Lapis plastik dalam loyang bagi memudahkan kuih lapis dikeluarkan selepas siap kukus. 
  2. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  5. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
  6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.
 

Blog Template by YummyLolly.com