Monday, December 26, 2011

ROLL LAPIS - TEMPAHAN 2012 Batch 01

TEMPAHAN ROLL LAPIS kini dibuka
Pengiriman mulai 17 Januari 2012
Roll Lapis Segitiga (RM18.00/roll)
Roll Lapis Mozek (RM24.00/roll)

Pembelian melebihi 6 roll (sila hubungi emysa_07@yahoo.com untuk harga diskaun)

Menggunakan POSLAJU untuk pengiriman ke seluruh Malaysia, sila lihat maklumat di sebelah kiri untuk kos pengiriman. 



Thursday, August 18, 2011

Kek Lapis Masam Manis

Another favourite order from regular customer......4 units @ 8" x 8".  Hari ini dah boleh poslaju ke Sg Petani.  Thank you sis Aisyah for your order.

Monday, August 15, 2011

Kek Lapis Peppermint


Kek Lapis Mix Fruits


Monday, August 1, 2011

Tempahan Roll Lapis @ Tutup dah

ORDER CLOSED!
Roll Lapis Segitiga (RM18.00/roll)
Roll Lapis Mozek (RM24.00/roll)

Pembelian > 6 roll (sila hubungi emysa_07@yahoo.com untuk harga diskaun)

Menggunakan POSLAJU untuk pengiriman ke seluruh Malaysia, sila lihat maklumat di sebelah kiri untuk kos pengiriman. 

Minima 2 roll lapis @ RM5.00 POSLAJU.  Selebihnya ikut timbangan sebenar yang dicaj oleh pihak POSLAJU.

BERIKUT ADALAH STATUS TERKINI ORDER ROLL LAPIS, MASIH ADA 'AVAILABLE' YANG MENUNGGU ORDER PUAN-PUAN SEMUA. 

PENGAMBILAN ORDER AKAN DITUTUP PADA 31 JULAI 2011

ROLL TRIANGLE @ 200 rolls confirmed order
ROLL MOZEK @ 100 rolls confirmed order





Wednesday, June 1, 2011

Makluman

Mohon maaf kerana agak lama tak update blog cakes-n-cakes ini, tak menang tangan sebenarnya menerima tempahan kek sehingga tak sempat nak berfoto-foto kek-kek yang ditempah.

Buat pelanggan tetap, tempahan sentiasa dibuka dan seperti biasa, boleh hubungi saya via sms ataupun emel.

Terima kasih.

Friday, May 6, 2011

Tempahan .... tempahan

Alhamdulillah, banyak tempahan diterima untuk Roll Lapis Mozek & Roll Lapis Kincir Angin, tak sempat nak mengemaskini blog.

 
Insyallah, tempahan dr Puan Mona sebanyak 30 roll lapis Mozek untuk majlis pertunangan anak beliau akan siap pada hari Isnin, 9 Mei 2011. 

 
Tempahan untuk musim perayaan juga diterima, kepada pelanggan tetap, bolehlah sms info tempahan. Buat pelanggan baru, sila gunakan borang yang tersedia.  Pembelian > 30 rolls akan mendapat harga diskaun khas.

Status tempahan Ramadhan / Aidil Fitri 2011

  1. Kak Moi @ Roll Segitiga 40 rolls, Roll Mozek 30 rolls (awal Ramadhan)
  2. Azniah @ Roll Mozek 20 rolls, Roll Kincir Angin 20 rolls (seminggu sebelum Ramadhan)
  3. Norhana @ Roll Mozek 15 rolls, Roll Segitiga 15 rolls (awal Ramadhan)

Thursday, March 3, 2011

Roll Lapis

Hari ini, awal pagi lagi dah mula memukul  bahan2 untuk membuat kulit Roll Lapis.  Alhamdulillah siap membakar & mengulung pada jam 10 pagi.  Dapat menyiapkan 12 roll lapis yang ditempah.

Jom layan gambar yang sempat diambik sewaktu membuat kulit roll lapis.  




Order lagi..

Lama betul tak masukkan info kat sini......sibuk membakar kek lapis hingga tak sempat nak kemaskini blog.  Selesai membakar kek, siapkan tempahan jahitan 'tote' pulak. 

Hari ini baru je lepas membakar inti roll lapis, esok nak mengulung pulak Roll Lapis Sarawak tempahan dari kawan di Kuantan, Pahang.  Hari Sabtu nak datang ambik.

Isnin depan tempahan dari Seremban pulak, rezeki dari Allah SWT.  Alhamdulillah.

Kepada kawan-kawan yang nak tempah Roll Lapis Sarawak, boleh sms atau gunakan borang pesanan, sekurang2nya 3 hari diperlukan sebelum tempahan dapat dihantar.
Terima kasih.
N.A.S.H.A

Wednesday, January 19, 2011

Cinnamon Rolls

Cinnamon Rolls ini hasil cubaan pertama.  Menggunakan resepi dari buku resepi hadiah harijadi yang diterima dari adik ipar baru-baru ini.

Rupanya mudah aja nak membuatnya ... tak sampai dua jam dari mula hingga siap dibakar untuk dimakan.


  


Jomlah kita mencuba resepi ini.

Bahan Doh

250 gm tepung naik sendiri
secubit garam
90 gm butter
170 ml susu segar (ini hanya anggaran sahaja, saya tidak menggunakan kesemua sukatan ini untuk menyiapkan doh)

Gaul tepung, garam, butter sehingga menjadi rata.  Masukkan susu segar sedikit2 sambil diuli sehingga menjadi doh lembut dan tidak melekat ditangan.

Gelek doh menjadi segi empat memanjang dan sapukan inti di atas doh dan gulungkan memanjang.  Kemudian dipotong-potong anggaran ketebalan 1" setiap potongan.  

+/- 12 potong doh dan susun di atas loyang pembakar, jarakkan antara satu sama lain kerana doh akan mengembang apabila dibakar nanti.

Isi (untuk disapu di atas doh)

60 gm butter
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Pukul kesemua bahan ini hingga rata dan kembang, sapu di atas doh yang telah digelek sebentar tadi.

Gula Ising

60 gm gula ising
2 sudu besar air panas mendidih

Pukul hingga kembang di dalam bekas yang kecil.  Icing ini adalah untuk disapu di atas cinnamon roll yang telah siap dibakar.  Apabila cinnamon roll sejuk, sapu atau gunakan sudu kecil untuk menghiaskan icing di atas roll.

Selepas beberapa minit icing akan mula mengeras di atas cinnamon roll.




SELAMAT MENCUBA




Kek Lapis Mozek

Minggu lepas sempat menyiapkan tempahan kek lapis dari seorang kawan.  Untuk dijadikan kuih hantaran bertunang untuk anak terunanya pada 16 Januari 2011 lepas.




Monday, January 17, 2011

Banana Walnut Pie

Hari ni ambil kesempatan mencuba resepi baru yang sesuai dimakan waktu 'hi tea', berkhasiat dan mudah membuatnya.








Tempoh persiapan keseluruhan +/- 2 jam.

Bahan Kulit

125 gm gandum serbaguna
1 1/2 sudu kecil rempah kuih
2 1/2 sudu besar gula perang
60 gm butter
2 biji telor kuning

Kesemua bahan di atas diratakan dan diuli hingga lembut.  Simpan dalam plastik dan masukkan dalam petisejuk selama 30 minit.
Selepas 30 minit, doh digelek rata dan letakkan di acuan pie berukuran 8".  Letak 'aluminium foil' di atas doh yang telah disiap dan masukkan walnut / hazelnut diatasnya.  Bakar 8 minit dalam api 200 darjah celcius dan keluarkan aluminium foil beserta walnut/hazelnut.  Bakar lagi kulit pie di dalam oven selama 5 minit lagi dan keluarkan.

Bahan Inti

60 gm butter
60 gm gula perang
2 biji pisang masak (1 biji dilenyek, 1 biji dihiris-hiris)
30 gm tepung serbaguna

Pukul kesemua bahan kecuali pisang yang telah dihiris.  Biarkan bahan inti rata dan sebati.

Susun hirisan pisang di dalam kulit pie yang telah dibakar tadi dan masukkan inti sehingga menutupi keseluruhan permukaan pie.  Taburkan walnut cincang atau hazelnut sebagai hiasan sebelum membakarnya.

Bakar selama 30 minit dlm kepanasan 150 darjah celcius atau sehingga permukaan atas kekuningan.

Bahan Hiasan

sedikit gula icing (untuk hiasan)
35 gm walnut atau hazelnut

Apabila pie sudah masak, angkat dari oven dan pelahan2 taburkan gula icing di atas pie dan sekiranya menggunakan acuan 8", anda akan mendapat 12 potong hirisan pie.

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, January 4, 2011

ROLL LAPIS - closed

Roll Lapis Mozek
Roll Lapis Kincir Angin

Menggunakan POSLAJU untuk pengiriman ke seluruh Malaysia, sila lihat maklumat di sebelah kiri untuk kos pengiriman.  Minima 2 roll lapis @ RM7.00 POSLAJU.  Selebihnya ikut timbangan sebenar yang dicaj oleh pihak POSLAJU.


 

Blog Template by YummyLolly.com