Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, January 24, 2016

Kuih Belimbing aka Churros




Bahan A

1 cawan air
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula

Bahan B

1 cawan tepung
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Bahan C

2 biji telor ayam

Bahan D

Gula icing untuk hiasan

Cara membuatnya

Bahan A dimasak dengan api sederhana hingga mendidih.  Pelahankan api dan masukkan bahan A, kacau hingga adunan menjadi doh lembut.

Sejukkan doh.

Apabila doh telah sejuk, masukkan telor ayam satu persatu dalam doh dan pukul hingga lembut.

Masukkan doh yang telah siap ini ke dalam 'piping bag' dan masukkan acuan icing 1M.

Panaskan minyak dan paipkan doh ke dalam minyak panas dan goreng kekuningan.

Angkat kuih belimbing / churros  dan susun didalam pingan.

Tabur gula icing di atas kuih dan siap untuk dihidang.

Monday, October 26, 2015

Kek Kukus Lapis Marble









Acuan/loyang berukuran 8" x 4.5" x 4.5"
Bahan-bahan
  • 5 biji telur A (dari peti ais)
  • 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
  • 150 ml susu cair
  • 180g gula halus
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/4 sudu kecil garam 
  • 125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna(cadangan sahaja, boleh guna menggunakan esen vanilla sahaja tetapi dipelbagaikan warna2nya)

  • coffee flavor coklat @ hitam
  • pes pandan - hijau
  • pes bluberi -  pewarna ungu
  • pes strawberi -  pewarna pink
  • perisa esen vanilla plain

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang disapu mentega dan alas dengan kertas minyak.
  2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
  3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian @  lebih kurang 170 gm setiap bahagian. 2 bahagian dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee
  4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
  5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
  6. Kek yang sudah masak hendaklah dibiarkan sejuk sebelum dipotong.

Terima kasih kepada DayangJack atas perkongsian resepi.

Saturday, October 17, 2015

Kuih Lapis




KUIH LAPIS KUKUS

Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan + 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang 7 inci. Lapis plastik dalam loyang bagi memudahkan kuih lapis dikeluarkan selepas siap kukus. 
  2. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  5. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
  6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Thursday, September 10, 2015

Laksam


Resepi Laksam (untuk 3 orang makan)

900 ml air
250 gm tepung beras
1/2 cawan gandum
secubit garam

Kacau kesemua bahan ini dan tapis.

Panaskan pengukus serta sediakan loyang bulat (atau guna tudung periuk), sapu loyang dengan minyak untuk menggelak laksam dari melekat atau sukar digulungkan.

Pastikan pengukus anda mendidih sebelum proses mengukus laksam dilaksanakan.

(TIPS:  Saya meletakkan loyang terus di atas air yang mendidih di dalam periuk pengukus kerana ini akan mempercepatkan proses mengukus laksam)

Letak loyang yang telah disapu minyak ke dalam pengukus yang telah mendidih. Tutup pengukus dlm 2-3 minit, angkat penutup dan tuang sesenduk adunan laksam ke atas loyang, pastikan permukaan loyang rata dengan adunan ini.  Tutup pengukus dengan penutup dan biar lebih kurang 5 minit (bila anda membuka penutup, laksam akan kelihatan agak mengelembung.....tanda sudah boleh diangkat).

Hati-hati ketika mengangkatnya........sengetkan loyang dan gulung setiap kali selepas laksam masak.  Ulang memasak sehingga habis.

Resepi Kuah Laksam

Bahan A

1 biji kelapa parut (ambil santan sederhana pekat @ 1000 ml)

bahagikan santan ini - 1 mangkuk untuk kisar isi ikan, 1 mangkuk untuk kisar bersama bahan B


Bahan B

1 kg ikan kembong / ikan sardin - dipanggang kosong, ambik isinya dan kisar hancur bersama dengan 1 mangkuk santan

Bahan C

7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci balacan
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam (atau lada hitam biji yang dikisar .... ini lebih sedap daripada serbuk lada hitam yang dibeli siap dlm botol)

Kisar kesemua bahan C ini bersama 1 mangkuk santan.

Masukkan kesemua bahan A,B,C ini ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga mendidih, pastikan anda mengacaunya untuk mengelakkan santan berketul2.

Masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa.


Sambal Belacan

7 biji cili merah
2 biji cili padi
1 inci belacan
3 biji limau kasturi (buang biji2)
garam / gula

Kesemua bahan ini dikisar bersama termasuk limau kasturi serta kulitnya.....pastikan biji limau kasturi dibuang terlebih dahulu.....tambah garam/gula sebagai penyedap rasa.


Bahan Ulaman (yang paling simpel & mudah didapati di pasar)

Kacang panjang - dihiris nipis2
Timun - dihiris batang mancis
Daun kesum @ daun selasih - dihiris nipis

Gaulkan kesemuanya dan boleh dihidang bersama laksam anda.



Wednesday, September 9, 2015

Cooked Flour Buttercream



❤️Cooked Flour Buttercream

Bahan-bahannya:-
240 ml @ 1 cawan susu segar
4 sudu makan tepung gandum
225 gm butter lembut
130 gm gula halus
1/2 sudu makan garam halus
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
  1. Masukkan susu dan tepung dalam periuk, kacau rata dan masak atas api sederhana sehingga likat. Dikacau sewaktu memasak supaya adunan tidak berketul-ketul.
  2. Apabila sudah likat, tutup api dan biarkan adunan ini sejuk pada suhu bilik.
  3. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla dalam adunan yg telah sejuk dan dipukul dengan handmixer hingga rata. (Adunan A)
  4. Pukul butter dan gula dalam mangkuk berasingan sehingga kembang.  Pastikan gula hancur sepenuhnya. (Adunan B)
  5. Masukkan kesemua adunan A ke dalam adunan B. Pukul dengan handmixer sehingga gebu dan adunan sebati sepenuhnya. 
  6. Bolehlah dihiaskan di atas kek anda. 
  7. Anda boleh menyimpan buttercream ini di dalam petisejuk untuk kegunaan di lain masa. Keluarkan adunan sejuk sekurang2nya 3 jam sebelum digunakan. 

SELAMAT MENCUBA

Monday, June 15, 2015

Cinnamon Roll with Cheese Topping



❤️ Cinnamon Roll ❤️

Bahan Cair
30 gm air
185 gm susu segar
1 biji telur (dikacau2)
1/4 sudu kecil esen vanilla
57 gm butter/marjerin - dicairkan terlebih dahulu

Bahan Kering
32 gm gula halus
1 sudu kecil garam
530 gm  Tepung

Bahan A
57 gm mentega cair, untuk disapu atas doh sebelum dibakar
Bahan B (inti kayu manis)

1/3 marjerin - untuk disapu atas doh sebelum ditabur gula kayu manis)
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula halus
1 1/2 sudu makan serbuk kayu manis (cinnamon)
Digaul kesemuanya dalam mangkuk.

Bahan Glaze (untuk dituang atas roti yang siap dibakar)
¼ cawan Cream Cheese,
1 sudu makan marjerin
1 1/4 cawan gula icing (diayak)
½ sudu kecil esen vanila
Campurkan kesemua bahan ini dan sedikit2 masukkan susu suam sehingga anda mendapat konsistensi likat cair.

4 sudu makan susu segar (dipanaskan seketika @suam)

Cara membuatnya (menggunakan Breadmaker)
1) masukkan bahan cair ke dalam mangkuk breadmaker

2) kemudian tuang kesemua bahan kering ke dalam mangkuk breakmaker
3) dan akhir sekali tuangkan sepaket yis kering
4) setkan breadmaker anda kepada Mengguli Adunan dan biarkan ianya diproses sehingga selesai, ketika ini adunan anda sudah naik gebu.

5) Sementara adunan gebu, siapkan bahan A & B 
6) Keluarkan adunan yang sudah naik gebu dari breadmaker, sapu minyak jagung atas meja mengguli.  Gelek adunan memanjang lebih kurang 18" x 10"
7) sapu marjerin di kesemua permukaan adunan yang sudah digelek

8) Tabur kesemua bahan B atas permukaan adunan yang telah disapu marjerin tadi

9) Gulung rapat2 memanjang dan diakhir gulungan itu sapu sedikit air untuk memastikan ianya melekat dibahagian akhir

10) Potong sama besar sebanyak 16 potongan
11) susun di atas loyang berukuran 16" x 16"
12) biarkan adunan naik dua kali ganda (1.5 jam)
13) panaskan oven 180C selama 10 minit sebelum membakar roti anda
14) sapu marjerin cair atas adunan di dalam loyang anda & bakar lebih kurang 20 - 25 minit sehingga roti kekuningan.
15) keluarkan roti dan semasa panas, tuangkan adunan glaze  di atas permukaan roti anda.

SELAMAT MENCUBA


Tuesday, March 3, 2015

Bahulu Cermai "Woh Ulu"

Alhamdulillah, dengan waktu yg ada, dapat buat bahulu untuk mami. Sebutan loghat Terengganu "woh ulu"

Menggunakan loyang bahulu cermai mini @ 12 lubang.

Kalu nak cuba, ni resepinya:-

5 biji telor A
7 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen Pisang
8 sudu besar (bumbu) tepung

Satukan telor, gula & esen pisang, pukul dgn kelajuan maksima hingga adunan kembang & gebu. Pelahan kelajuan mesin adunan kpd sederhana...masukkan tepung sedikit2 hingga habis. Pukul lagi hingga adunan rata.

Panaskan oven 200C lebih kurang 30 minit sebelum membakar bahulu.

Tips supaya adunan tidak melekat pada loyang bahulu anda.

Rendam loyang semalaman dengam air asam jawa. Keesokannya bersihkan dengan air biasa. Keringkan loyang dalam oven supaya air kering. Keluarkan loyang, tuang minyak masak dalam setiap lubang cermai, masukkan dalam oven yg kepanasan 60C selama 1-2 jam. Setelah itu, tuang lebihan minyak untuk digunakkan sebagai sapuan sebelum membakar bahulu.

Setelah loyang dah siap & oven dah panas, masukkan adunan sesudu kecil dalam setiap acuan itu. Bakar 10 minit. Keluarkan bahulu dari loyang menggunakan lidi. Ulang sehingga semua adunan siap dibakar.




Monday, March 2, 2015

Bahulu oooo Bahulu

Hari ini mencuba bahulu pulak.....kenapa bahulu?  Ceritanya ..... ibu tersayang pagi-pagi talipon katanya dah lama teringin makan bahulu.  Bukan tak boleh beli tapi bila ibu tersayang cakap macam tu, sebagai anak, faham-faham saja la.....

Nasib baik bahan-bahan nak buat bahulu sediada ... apa lagi, lepas si bongsu Aiman ke sekolah, ibunya pun teraksi di dapur....

Loyang bahulu tak ada, ada aku kesah....guna muffin papercup saja....inilah hasilnya BAHULU versi Moden.





RESEPI BAHULU

5 biji telur A
180 gm gula halus @ 7 sudu besar
1 sudu kecil esen Pisang @ Vanila

125 gm tepung gandum

Cara membuatnya

Campurkan telur, gula halus & esen - pukul dengan High speed hingga adunan kembang & ringan.  Masukkan tepung sedikit sedikit sehingga habis. 

Sementara itu, pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu @ 180C.

Sudukan dalan loyang bahulu kalau ada....kalau tak ada, 'tirulah macam saya", guna papercup saja.

Bakar selama 10 - 15 minit sehingga permukaan bahulu keperangan....angkat & sejukkan.  

+ SELAMAT MENCUBA +


Saturday, February 8, 2014

Pau Kukus Inti Kacang Hijau

Resepi Pau Kukus

Bahan A

1 1/2 cawan air biasa
1 sudu besar minyak jagung
2 sudu teh yis serbuk mauripan (yis basah pun boleh tapi air biasa diganti dengan air suam)

Kesemua ini disatukan

Bahan  B

675 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam halus
1/2 cawan gula kastor

Bahan B disatukan.

Cara membuatnya

Buatkan lubang di tengah-tengah adunan kering (Bahan B), tuang kesemua Bahan A, diratakan dan uli hingga doh lembut & tidak melekat ditangan lagi.

Perap 1 1/2 jam hingga doh naik dua kali ganda.

Apabila doh sudah naik, tekan2 doh lagi sekali untuk membuang udara di dalam adunan.  Timbang lebih kurang 50gm (agak2 pun boleh), kalau ikut timbangan yang saya berikan ini, boleh dapat 26 biji pau......

Inti - beli yang dah siap atau buat sendiri (inti kacang hijau, kacang merah atau kaya, inti kelapa pun boleh digunakan)

Inti yang dibeli, dibulat-bulatkan anggaran duit 20 sen .... kalau adunan timbangan 50gm ini saya masukkan dua biji inti untuk setiap pau.

Pengukus hendaklah dipanaskan dan pastikan air kukusan sudah mendidih baru boleh dikukus......kukus 8 minit sahaja (sekiranya lebih masa, pau anda akan berkedut2).....













Wednesday, January 1, 2014

Roti Kentang / Bread Potato - Hot From Oven






Resepi Roti

70 gm ubi kentang lenyek @ kalau malas nak buat ganti je dengan tepung kentang
300 gm tepung roti (high protein flour)
1 sudu besar susu tepung
50 gm gula halus / kastor
1 sudu kecil garam halus
2 sudu kecil yis kering

30 gm butter (dicairkan)

1 biji telor (kacau dengan garpu, ambil sebahagian utk dimasukkan dlm adunan doh, lebihannya nanti digunakan untuk sapu atas roti)

135 ml air (boleh juga diganti menggunakan susu segar)

Cara Membuatnya

Kesemua bahan-bahan kering disatukan, masukkan telor, air dan butter yang telah dicairkan.  Uli hingga menjadi doh yang licin.

Tutup doh dengan kain lembab, biar hingga naik dua kali ganda.

Apabila doh sudah naik, tumbuk2 untuk membuang udara didalamnya.

Bahagi doh kepada sembilan (9) bahagian, bulat-bulatkan dan susun dalam loyang empat segi.

Biarkan doh di dalam loyang naik +/- 45 minit gitu.....

....Panaskan oven 180C terlebih dahulu....

Apabila doh sudah naik, sapukan telor di atas permukaan doh.  Kemudian paipkan inti kastad di atas roti (ikut suka lah nak corak macamana).

Bakar roti selama 20 minit, bahagian permukaan roti akan bewarna coklat .....

Biarkan sejuk seketika barulah dikeluarkan dari acuan.

Resepi Inti Kastad

2 biji telor
1 sudu besar kastad
1 sudu besar gandum
1 cawan susu segar
1/2 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula 
1 sudu besar butter

Masukkan kesemua bahan dalam periuk, dikacau2 rata & masak atas api sederhana.  Hendaklah sentiasa dikacau sehingga likat dan berkilat.  Tutup api dan biarkan sejuk.

Apabila sejuk, masukkan dalam plastik icing atau plastik empat segi biasa, potong hujung (kecil) untuk dijadikan paip mengeluarkan kastad nanti.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, March 27, 2013

Roti Beluda asli Terengganu




RESEPI

6 sudu besar gula
5 sudu besar marjerin/butter
1 sudu kecil 'bread softener' * kalau tak letak pun tak mengapa
2 cawan tepung gandum
3 biji telor

1/2 paket yis kering
sedikit air + gandum untuk dicampur bersama yis (biarkan sekejap)

Gaul kesemua bahan ini  dengan tangan hingga rata & sebati, kemudian masukkan ibu roti (yis) yang telah disiapkan terlebih dahulu.  Gaul rata-rata dan pastikan tiada lagi adunan berketul-ketul.

Masukkan sesudu besar adunan dalam 'papercup' sehingga habis dan biarkan selama 1 - 2 jam agar adunan naik.

Bakar dalam oven dengan kepanasan 150C selama lebih kurang 20 - 30 minit.



Caramel Cake









RESEPI

Karamel

1 sudu besar gula kasar - masukkan dalam loyang & masak hingga gula cair & bertukar kepada warna perang aka hangus.  Ratakan & biar ianya mengeras dalam loyang.

Puding

200 ml susu cair
50 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji kuning telor

Kesemua bahan dikacau pelahan hingga rata dan sebati.  Jangan dipukul (bagi menggelakkan berlubang2 puding apabila dibakar nanti).  Tuang dalam loyang yang ada gula hangus aka karamel tadi.

Kek
Bahan 1

6 biji putih telor 
60 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla 

Kesemua ini dipukul dengan 'High Speed' hingga putih telor kental & bertanduk aka tidak jatuh bila diangkat.

Kek
Bahan 2

140 gm tepung naik sendiri (kalau tepung biasa, tambah 1 sudu kecil baking powder)
3 biji kuning telor
70 gm gula kasor
45 gm minyak jagung / butter cair
135 gm air / susu segar

Kesemua bahan ini dikacau rata dan sebati.  Tuang ke dalam adunan putih telur (Bahan 1) di atas dan pukul hingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (warna merah, hijau & satu biarkan warna asal).  

Senduk-sendukkan berlapis-lapis di atas loyang yang telah siap dengan bahan puding di atas.

Bakar secara 'steam bath' (masukkan satu loyang berisi air di lapisan bawah rak oven) dan bakar dengan kepanasan oven 150C selama 40 minit.  Apabila masak, biarkan sejuk sedikit @ 10 minit baru ditelangkupkan kek ini.

Simpan di dalam petisejuk sebelum dipotong & dihidang.

Selamat mencuba.





Friday, July 27, 2012

Apam Tepung Beras Tapai Pulut



Cara orang dolu-dolu buat apam ni memang menggunakan tapai pulut/beras/ubi.....sekarang dah moden, ada yang menggunakan penaik roti Mauripan.


Resepi Apam


250 gm tepung beras
1/2 cawan gula
2 sudu besar tapai pulut *
2 cawan air







* tapai pulut sy buat sendiri je, duk kat Kajang susah juga nak cari tapai pulut.

Semua bahan di atas dicampur dan kisar hingga rata.   Simpan dlm bekas tertutup @ 5 jam.

Sebelum mewarna, masukkan .....
2 sudu kecil ENO, dan kacau hingga kembang, biarkan 10 minit

Bahagikan adunan kepada dua / tiga bahagian & kacau warna kegemaran anda


Air Pengukus hendaklah mendidih sebelum mengukus apam ini.  
Terlebih dahulu, sapu sedikit minyak di setiap acuan bagi memudahkan anda mengeluarkan apam apabila siap dikukus.


Kukus acuan apam selama 5 minit baru dituang adunan ke dalam acuan dan kukus 15 minit.
Angkat dan sejukkan.


Hidangkan bersama kelapa parut**


** 1 cawan kelapa parut (isi sahaja) + Garam + Gula 

Apam Dewa

Kuih ni orang Terengganu panggil Apam Dewa, yang biasanya dipanggil Apam Kukus ... apa-apa je la.





Mudah saja membuatnya.  Resepinya:-
Loyang bulat 8"

Bahan-bahan:-

4 biji telur
100 gram tepung halus
2 sudu teh baking powder
110 gram gula halus
2 sudu teh ovalette
40 ml susu segar UHT Dutch Lady @ santan pun boleh
40 ml minyak masak
2 sudu teh esen ros
pewarna

Cara-cara:-

Panaskan pengukus.

Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.

Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder.

Teruskan memukul.
Masukkan minyak masak dan susu segar.
Kacau sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
Tuangkan adunan secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.

Selamat mencuba semua.


Tuesday, May 8, 2012

Kek Kukus Creamcheese


Resepi
  • 375 gm cream cheese
  • 120 gm gula kastor (bahagi kpd 2)
  • 6 biji telor (putih n kuning diasingkan)
  • 250 ml whipping cream
  • 100 gm tepung halus
  • Strawberry paste & pewarna pink
  • Cappucino pastewarna & pewarna coklat



  • Cara membuatnya:- 

    (A) pukul cream cheese hingga gebu, masukkan sebahagian gula, whipping cream,  kuning telor, tepung - pukul lagi hingga semuanya rata. 

     (B) Pukul putih telor n sebahagian lagi gula hingga gebu dan tidak jatuh bila senduk. 

    Masukkan secara pelahan2 dlm adunan (A) hingga habis. 

    Bahagi kepada 3 bahagian
    * 1 bhgn masukkan strawberry paste + warna pink
    * 1 bhgn Cappucino paste + warna coklat
    * 1 bhgn lagi biar adunan asal

    Senduk selapis demi selapis warna hingga habis.

    Jangan lupa sediakan acuan bulat / empat segi yang telah disapu sedikit butter di bahagian dasar n keliling. 

    Sediakan juga pengukus yg sudah mendidih airnya. 

    Masukkan adunan yang telah dilapis2 ke dalam pengukus n kukus 45 minit. Biarkan sejuk baru dipotong.


    ....Selamat mencuba....

  • Wednesday, January 19, 2011

    Cinnamon Rolls

    Cinnamon Rolls ini hasil cubaan pertama.  Menggunakan resepi dari buku resepi hadiah harijadi yang diterima dari adik ipar baru-baru ini.

    Rupanya mudah aja nak membuatnya ... tak sampai dua jam dari mula hingga siap dibakar untuk dimakan.


      


    Jomlah kita mencuba resepi ini.

    Bahan Doh

    250 gm tepung naik sendiri
    secubit garam
    90 gm butter
    170 ml susu segar (ini hanya anggaran sahaja, saya tidak menggunakan kesemua sukatan ini untuk menyiapkan doh)

    Gaul tepung, garam, butter sehingga menjadi rata.  Masukkan susu segar sedikit2 sambil diuli sehingga menjadi doh lembut dan tidak melekat ditangan.

    Gelek doh menjadi segi empat memanjang dan sapukan inti di atas doh dan gulungkan memanjang.  Kemudian dipotong-potong anggaran ketebalan 1" setiap potongan.  

    +/- 12 potong doh dan susun di atas loyang pembakar, jarakkan antara satu sama lain kerana doh akan mengembang apabila dibakar nanti.

    Isi (untuk disapu di atas doh)

    60 gm butter
    2 sudu besar gula perang
    1 sudu kecil serbuk kayu manis

    Pukul kesemua bahan ini hingga rata dan kembang, sapu di atas doh yang telah digelek sebentar tadi.

    Gula Ising

    60 gm gula ising
    2 sudu besar air panas mendidih

    Pukul hingga kembang di dalam bekas yang kecil.  Icing ini adalah untuk disapu di atas cinnamon roll yang telah siap dibakar.  Apabila cinnamon roll sejuk, sapu atau gunakan sudu kecil untuk menghiaskan icing di atas roll.

    Selepas beberapa minit icing akan mula mengeras di atas cinnamon roll.




    SELAMAT MENCUBA




    Monday, January 17, 2011

    Banana Walnut Pie

    Hari ni ambil kesempatan mencuba resepi baru yang sesuai dimakan waktu 'hi tea', berkhasiat dan mudah membuatnya.








    Tempoh persiapan keseluruhan +/- 2 jam.

    Bahan Kulit

    125 gm gandum serbaguna
    1 1/2 sudu kecil rempah kuih
    2 1/2 sudu besar gula perang
    60 gm butter
    2 biji telor kuning

    Kesemua bahan di atas diratakan dan diuli hingga lembut.  Simpan dalam plastik dan masukkan dalam petisejuk selama 30 minit.
    Selepas 30 minit, doh digelek rata dan letakkan di acuan pie berukuran 8".  Letak 'aluminium foil' di atas doh yang telah disiap dan masukkan walnut / hazelnut diatasnya.  Bakar 8 minit dalam api 200 darjah celcius dan keluarkan aluminium foil beserta walnut/hazelnut.  Bakar lagi kulit pie di dalam oven selama 5 minit lagi dan keluarkan.

    Bahan Inti

    60 gm butter
    60 gm gula perang
    2 biji pisang masak (1 biji dilenyek, 1 biji dihiris-hiris)
    30 gm tepung serbaguna

    Pukul kesemua bahan kecuali pisang yang telah dihiris.  Biarkan bahan inti rata dan sebati.

    Susun hirisan pisang di dalam kulit pie yang telah dibakar tadi dan masukkan inti sehingga menutupi keseluruhan permukaan pie.  Taburkan walnut cincang atau hazelnut sebagai hiasan sebelum membakarnya.

    Bakar selama 30 minit dlm kepanasan 150 darjah celcius atau sehingga permukaan atas kekuningan.

    Bahan Hiasan

    sedikit gula icing (untuk hiasan)
    35 gm walnut atau hazelnut

    Apabila pie sudah masak, angkat dari oven dan pelahan2 taburkan gula icing di atas pie dan sekiranya menggunakan acuan 8", anda akan mendapat 12 potong hirisan pie.

    SELAMAT MENCUBA

     

    Blog Template by YummyLolly.com