Showing posts with label Tempahan 2010. Show all posts
Showing posts with label Tempahan 2010. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Tempahan Roll Lapis Triangle @ 100 rolls

Rezeki selepas Hari Raya Haji, tempahan dari En Shah sebanyak 100 @ Roll Lapis Triangle telah diambil semalam @ 23 November 2010.  Ini merupakan tempahan kali ketiga dari En Shah sebenarnya, sebelum ini beliau menempah 48 (Roll Triangle 10, Roll Mozel 20, Roll Kincir 18) dan minggu lalu juga beliau membeli sebanyak 10 rolls (last minute order).


Friday, October 1, 2010

Delivery @ 30 September 2010

Alhamdulillah, ada lagi tempahan dari nani_ms @ Sg Petani, untuk majlis pertunangan adik pada 3 Oktober 2010.

Terima kasih nani.

  • Kek Lapis Mozek (utk hantaran)
  • Roll Lapis Triangle (10 rolls) @ hidangan meja utama
  • Roll Lapis Kincir Angin (5 rolls) @ hidangan meja utama

Thursday, February 4, 2010

Tempahan Februari 2010

Tempahan diterima dua hari lepas untuk jualan sempena sambutan "Chinese New Year" pada 13/14 Feb 2010.

2 Feb  ~ membuat dua biji Moist Fruit Cakes menggunakan acuan 7" x 7".  Antara campuran buah-buahan yang digunakan adalah Cranberry, Raisin, Walnut, Cherry, Orange Peel dan tak ketinggalan buah tamar.  Kek ini seelok-eloknya disimpan selama 7 - 10 hari sebelum dimakan..... kenapa?  supaya kek lebih lembab dan enak dimakan.

Membuat inti roll lapis semalam @ 3 Feb 2010 mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.  Sambung kembali selepas waktu Zohor untuk sesi memotong dan mencorakkan roll lapis yang dikehendaki pelanggan. Inti disimpan di dalam peti sejuk semalaman.

4 Feb 2010 - proses membuat kulit roll lapis dibuat mulai jam 8.00 pagi - 10.30 pagi.  Sebaik kulit roll lapis sejuk, proses mengulung inti/kulit dibuat dan selesai menggulung 20 rolls lapis dalam masa 1 jam.


10 rolls @ mozek
10 rolls @ triangle
2 (7" x 7") Moist Fruit Cakes
 

Blog Template by YummyLolly.com