Wednesday, January 19, 2011

Cinnamon Rolls

Cinnamon Rolls ini hasil cubaan pertama.  Menggunakan resepi dari buku resepi hadiah harijadi yang diterima dari adik ipar baru-baru ini.

Rupanya mudah aja nak membuatnya ... tak sampai dua jam dari mula hingga siap dibakar untuk dimakan.


  


Jomlah kita mencuba resepi ini.

Bahan Doh

250 gm tepung naik sendiri
secubit garam
90 gm butter
170 ml susu segar (ini hanya anggaran sahaja, saya tidak menggunakan kesemua sukatan ini untuk menyiapkan doh)

Gaul tepung, garam, butter sehingga menjadi rata.  Masukkan susu segar sedikit2 sambil diuli sehingga menjadi doh lembut dan tidak melekat ditangan.

Gelek doh menjadi segi empat memanjang dan sapukan inti di atas doh dan gulungkan memanjang.  Kemudian dipotong-potong anggaran ketebalan 1" setiap potongan.  

+/- 12 potong doh dan susun di atas loyang pembakar, jarakkan antara satu sama lain kerana doh akan mengembang apabila dibakar nanti.

Isi (untuk disapu di atas doh)

60 gm butter
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Pukul kesemua bahan ini hingga rata dan kembang, sapu di atas doh yang telah digelek sebentar tadi.

Gula Ising

60 gm gula ising
2 sudu besar air panas mendidih

Pukul hingga kembang di dalam bekas yang kecil.  Icing ini adalah untuk disapu di atas cinnamon roll yang telah siap dibakar.  Apabila cinnamon roll sejuk, sapu atau gunakan sudu kecil untuk menghiaskan icing di atas roll.

Selepas beberapa minit icing akan mula mengeras di atas cinnamon roll.




SELAMAT MENCUBA




Kek Lapis Mozek

Minggu lepas sempat menyiapkan tempahan kek lapis dari seorang kawan.  Untuk dijadikan kuih hantaran bertunang untuk anak terunanya pada 16 Januari 2011 lepas.




Monday, January 17, 2011

Banana Walnut Pie

Hari ni ambil kesempatan mencuba resepi baru yang sesuai dimakan waktu 'hi tea', berkhasiat dan mudah membuatnya.








Tempoh persiapan keseluruhan +/- 2 jam.

Bahan Kulit

125 gm gandum serbaguna
1 1/2 sudu kecil rempah kuih
2 1/2 sudu besar gula perang
60 gm butter
2 biji telor kuning

Kesemua bahan di atas diratakan dan diuli hingga lembut.  Simpan dalam plastik dan masukkan dalam petisejuk selama 30 minit.
Selepas 30 minit, doh digelek rata dan letakkan di acuan pie berukuran 8".  Letak 'aluminium foil' di atas doh yang telah disiap dan masukkan walnut / hazelnut diatasnya.  Bakar 8 minit dalam api 200 darjah celcius dan keluarkan aluminium foil beserta walnut/hazelnut.  Bakar lagi kulit pie di dalam oven selama 5 minit lagi dan keluarkan.

Bahan Inti

60 gm butter
60 gm gula perang
2 biji pisang masak (1 biji dilenyek, 1 biji dihiris-hiris)
30 gm tepung serbaguna

Pukul kesemua bahan kecuali pisang yang telah dihiris.  Biarkan bahan inti rata dan sebati.

Susun hirisan pisang di dalam kulit pie yang telah dibakar tadi dan masukkan inti sehingga menutupi keseluruhan permukaan pie.  Taburkan walnut cincang atau hazelnut sebagai hiasan sebelum membakarnya.

Bakar selama 30 minit dlm kepanasan 150 darjah celcius atau sehingga permukaan atas kekuningan.

Bahan Hiasan

sedikit gula icing (untuk hiasan)
35 gm walnut atau hazelnut

Apabila pie sudah masak, angkat dari oven dan pelahan2 taburkan gula icing di atas pie dan sekiranya menggunakan acuan 8", anda akan mendapat 12 potong hirisan pie.

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, January 4, 2011

ROLL LAPIS - closed

Roll Lapis Mozek
Roll Lapis Kincir Angin

Menggunakan POSLAJU untuk pengiriman ke seluruh Malaysia, sila lihat maklumat di sebelah kiri untuk kos pengiriman.  Minima 2 roll lapis @ RM7.00 POSLAJU.  Selebihnya ikut timbangan sebenar yang dicaj oleh pihak POSLAJU.


 

Blog Template by YummyLolly.com