Tuesday, August 19, 2014

Cake in a Jar - Rainbow











Another order from a dear friend.

Jar size / Topping @ minimum order 6 jars

200ml each @ RM6.00 with buttercream topping.
250ml each @ RM9.00 with buttercream topping.

200ml @ RM7.00 with creamcheese topping.
250ml @ RM10.00 with creamcheese topping.


Sangat sesuai dijadikan hantaran pertunangan / perkahwinan atau hadiah harijadi....

Monday, August 18, 2014

Extra Moist Choc Cupcakes

Moist Chocolate Cupcake @ RM36.00  
@ 12 cupcakes in solo cup size M 
(minimum order 12 pcs)


Thursday, August 14, 2014

Carrot Banana Walnut Cupcake

Bahan utama lobak merah, pisang berangan, walnut dan creamcheese sebagai topping. 

RM55.00 @ 12 biji cupcake solo cup size M (minimum order).



Wednesday, July 2, 2014

Bun Manis Superbake GB

Roti / Bun yang dibuat kali ini menggunakan bahan Superbake GB.....tak perlu menggunakan telor di dalam adunan.  Berat setiap doh kecil adalah 30 gm, dibiarkan naik dua kali ganda baru dibakar.

Kali ini akak guna mesin pengadun roti.  Doh yang siap diadun dibulat2kan seberat 30gm dan kemudian dibiarkan naik dua kali ganda (lebih kurang 1 jam 30 minit), dibakar dalam oven kepanasan 180C selama 20 minit.



Carrot Walnut Cupcakes

Teringin nak makan kek ini. Hampir setahun tak buat kek lobak walnut ni tetapi bila rasa nak makan, kenalah rajin membuatnya.  Kalau beli yang di kedai2 kek di luar sana....ada saja yang tak kena dengan selera.

Empat batang lobak diparut2 ditambah dengan kekacang walnut yang dikisar kasar......

Menggunakan lobak merah, walnut serta creamcheese topping sebagai bahan utama. RM50.00 @ 12 biji solo cup saiz M (minimum order).

Tuesday, February 11, 2014

Roti Manis

Resepi boleh lihat klik link ini:-
http://cakes-n-cakes.blogspot.com/2014/01/roti-kentang-bread-potato-hot-from-oven.html







Saturday, February 8, 2014

Pau Kukus Inti Kacang Hijau

Resepi Pau Kukus

Bahan A

1 1/2 cawan air biasa
1 sudu besar minyak jagung
2 sudu teh yis serbuk mauripan (yis basah pun boleh tapi air biasa diganti dengan air suam)

Kesemua ini disatukan

Bahan  B

675 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam halus
1/2 cawan gula kastor

Bahan B disatukan.

Cara membuatnya

Buatkan lubang di tengah-tengah adunan kering (Bahan B), tuang kesemua Bahan A, diratakan dan uli hingga doh lembut & tidak melekat ditangan lagi.

Perap 1 1/2 jam hingga doh naik dua kali ganda.

Apabila doh sudah naik, tekan2 doh lagi sekali untuk membuang udara di dalam adunan.  Timbang lebih kurang 50gm (agak2 pun boleh), kalau ikut timbangan yang saya berikan ini, boleh dapat 26 biji pau......

Inti - beli yang dah siap atau buat sendiri (inti kacang hijau, kacang merah atau kaya, inti kelapa pun boleh digunakan)

Inti yang dibeli, dibulat-bulatkan anggaran duit 20 sen .... kalau adunan timbangan 50gm ini saya masukkan dua biji inti untuk setiap pau.

Pengukus hendaklah dipanaskan dan pastikan air kukusan sudah mendidih baru boleh dikukus......kukus 8 minit sahaja (sekiranya lebih masa, pau anda akan berkedut2).....













 

Blog Template by YummyLolly.com