Thursday, February 4, 2010

Tempahan Februari 2010

Tempahan diterima dua hari lepas untuk jualan sempena sambutan "Chinese New Year" pada 13/14 Feb 2010.

2 Feb  ~ membuat dua biji Moist Fruit Cakes menggunakan acuan 7" x 7".  Antara campuran buah-buahan yang digunakan adalah Cranberry, Raisin, Walnut, Cherry, Orange Peel dan tak ketinggalan buah tamar.  Kek ini seelok-eloknya disimpan selama 7 - 10 hari sebelum dimakan..... kenapa?  supaya kek lebih lembab dan enak dimakan.

Membuat inti roll lapis semalam @ 3 Feb 2010 mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.  Sambung kembali selepas waktu Zohor untuk sesi memotong dan mencorakkan roll lapis yang dikehendaki pelanggan. Inti disimpan di dalam peti sejuk semalaman.

4 Feb 2010 - proses membuat kulit roll lapis dibuat mulai jam 8.00 pagi - 10.30 pagi.  Sebaik kulit roll lapis sejuk, proses mengulung inti/kulit dibuat dan selesai menggulung 20 rolls lapis dalam masa 1 jam.


10 rolls @ mozek
10 rolls @ triangle
2 (7" x 7") Moist Fruit Cakes

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com