Thursday, December 3, 2009

Birthday Cuppies





Birthday cuppies requested by my niece couple of days ago.....nak ambik hari ini, nak buat suprise untuk adik lelakinya kat rumah .....
.
.

Cream Cheese Cuppies




2nd December ....... reminds me of special occasion this afternoon .... for someone special of course. Dah biasa dengan kek harijadi yang besar, dengan sedikit kelainan, saya membuat Peanut Butter cupcake with Cream Cheese Fosting with simple fondant deco.

Perancangan dengan PA dibuat seminggu yang lalu, makan tengahari + cupcakes, simple suprise gathering by DEAREST's officemate.


RM4.00 each, minimum 25 pcs
.
.

Wednesday, November 25, 2009

Rose Bud Cuppies



Peanut Butter Cupcake + Buttercream Deco
RM2.00 each, minimum 25 pcs

Thursday, November 19, 2009

Moist Chocolate Cuppies

19 November 2009
--------------------------------


Moist chocolate cupcakes for my little darling.....Aiman. Nak makan-makan je sambil kongsi dengan kekawan yang naik bas sekolah hari ini.

Sempat siapkan semua cupcakes sebelum jam 11.00 pagi tadi. Kebetulan pulak, anak gadis sahabat baik juga menyambut hari jadinya hari ini.....sempat packing untuk dihadiahkan kepada anak beliau 'Happy Birthday Kakak', wah...wah....dapat hadiah Satria dari emak/abah ya.

Menggunakan resepi Moist Chocolate Cupcake dan topping pula menggunakan sunkist flavour buttercream untuk warna oren dan chocolate ganache serta hiasan bunga/daun menggunakan fondant.







Tuesday, November 17, 2009

Cupcake

17 November 2009
-----------------------

Lama tak menjengok anak-anak di TASKA Gemilang, Kajang, hamp
ir dua bulan rasanya tak ke sana.

Hari ini luangkan sedikit masa membuat Cupcakes untuk anak-anak di TASKA Gemilang ..... hope you kids like the cakes ! Bermula dengan hanya 6 orang anak-anak dihantar ke TASKA sejak dibuka tiga bulan yang lepas, alhamdulillah hari ini seramai 33 orang anak-anak dijaga di TASKA Gemilang dengan kira-kira 70% terdiri dari anak-anak berusia 12 bulan ke bawah, manakala selebihnya terdiri dari anak-anak berusia 13bulan - 4 tahun.

Mengunakan resepi Vanilla cupcake + simple deco using buttercream. Kek disimpan di dalam Cupcake Caddy yang boleh memuatkan 24 biji cupcakes
, tambahan 6 biji lagi terpaksa dimasukkan ke dalam bekas kek yang berasingan.



Monday, November 16, 2009

Roll Lapis - Tempahan Pertama

16 November 2009
-----------------------

Tempahan pertama untuk roll lapis sebanyak 20 gulung diterima dari Kuala Terengganu. 10 roll lapis crystal dan 10 roll lapis triangle.

Sehari suntuk menyudahkan inti roll lapis dan akhirnya kek siap digulung juga sebelum jam 5.00 petang.

Thursday, November 12, 2009

Birthday cuppies




It's my daughter's 16th birthday today
Insyallah petang nanti nak hantar ke SMAPKjg

SELAMAT HARI LAHIR sweety

Doa keselamatan, kesihatan yang baik, kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa menjadi anak yang solehah
Lots of love from Ibu & Abah.

Menggunakan resepi untuk Red Velvet Cupcake...kek lembab ini memang menjadi kegemaran anak-anak. Untuk deko, menggunakan fondant untuk bunga2 kecil, manik keemasan dan buttercream untuk dedaun / hiasan tepi kek

Wednesday, November 11, 2009

Roll Lapis



Kek Lapis

Kek selepas dipotong


Potongan sisi kek kelihatan seperti alunan ombak

Kek sebelum dipotong, pandangan atas

Kek Lapis Alunan Peppermint

Kek ini saya olah sendiri resepinya .... kepada sahabat-sahabat online, bolehlah mencuba resepi ini. Kek ini seperti biasa kek-kek lapis yang saya buat adalah versi Legit Lembab.

RESEPI KEK LAPIS ALUNAN PEPPERMINT

Bahan-bahan A

500 gm pure butter (saya menggunakan AMUL)
400 gm susu pekat
2 sudu kecil perisa Peppermint

Kesemua bahan dipukul hingga putih, ketepikan.

Bahan B

10 biiji Telor Ayam Gred A
200 gm gula halus (saya menggunakan gula castor)
1 sudu makan ovelette

Kesemua bahan B dipukul sehingga gebu dan masukkan Bahan C sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati, masukkan kaya sehingga habis.

Bahan C

200 gm tepung halus ] * bahan ini diayak bersama
50 gm horlicks ]
20 gm susu tepung ]

170gm kaya

Bahan tambahan

Pewarna Ungu Violet
Pewarna Apple Green
Penekan Zig-Zag
Acuan 8" x 8" x 3"

Kacau mentega dengan menggunakan spatula/senduk kayu ke dalam adunan yang telah dicampur dengan Bahan B + C sehingga selesai. Kacau rata.

Bahagi adunan kepada dua bahagian (sama banyak), satu diwarnakan ungu dan satu lagi diwarnakan hijau.

Panaskan oven (saya menggunakan oven kek lapis), gunakan api biru supaya lapisan akan masak sekata.

4 lapisan adunan ungu, diikuti 4 lapisan adunan hijau (disetiap lapisan, tekan dengan penekan zig-zag untuk mendapatkan corak alunan), lakukan berselang-seli warna sehingga habis.

Setiap lapisan saya menggunakan 6 sudu makan adunan untuk acuan yang saya gunakan i.e 8" x 8" x 3".

Selamat mencuba & selamat melapis sahabat semua.

.
.

Tuesday, November 10, 2009

Delivery Kek Hantaran

Lapisan kek pertama - ketiga, warna asal adunan.

Lapisan ke-empat hingga adunan warna habis dilapis (sebelum dibakar)

Lapisan kek selepas dibakar

Beginilah rupa kek sekiranya dipotong, gambar ini diambil sewaktu membuat tempahan pada 20 Oktober 2009 lepas

10 Nov 2009

Saya sempat membuat Kek Lapis Kenyalang untuk sahabat lama yang akan menyambut menantu baru, kek ini ingin dijadikan Hantaran kepada pihak keluarga pengantin yang berada di Pulau Pinang. Majlis akad nikah akan berlangsung pada 15 November nanti. Keluarga sahabat saya pula berada di Johor Bharu.

Kek seberat 1.8kg ini dikirim ke JB menggunakan khidmat POSLAJU.

Untuk keluarga Kak Pah, selamat menerima menantu baru. Semoga pengantin bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Saya tak pernah pulak ambik gambar sebelum kek dimasak, semalam sempat mengambil beberapa gambar sewaktu penyediaan kek ini.
.
.

Friday, October 23, 2009

Kek Lapis

Tempahan ini dibuat pada 22 Oktober 2009
-------------------------------------------------

Kek Lapis Batik Kenyalang @ 8" x 8"
Kek Lapis Pandan @ 8" x 8"
Kek Lapis Gulung @ 8" x 2.5"




Wednesday, October 14, 2009

Open House Delivery # 3

14 October 2009

Kek Lapis Legit Cadbury @ 8" x 8" @ 2

Kek Lapis Legit Masam Manis @ 8" x 8" @ 1
Kek Lapis Legit Tiga Rasa @ 8" x 8" @ 1

Kek Lapis Legit Gulung @ 8" x 2.5" @ 3 rolls

Thanks to Kak Ma, Jun & Im for your orders

Kek Lapis Legit Gulung # 1

RM28.00 segulung
(Saiz Kek @ 8" x 2.5")



Wednesday, October 7, 2009

Open House Delivery # 2

8 October 2009

Kek Lapis Legit Masam Manis @ 2 (8" x 8")
Kek Lapis Legit Keladi @ 2 (8" x 8")
Kek Lapis Legit Van Houten @ 1 (8" x 8")

Thanks to Dila again for your repeat orders.

Tuesday, October 6, 2009

Cupcakes # 3



Cupcakes # 1



Blueberry Triangle

Carrot Walnut Cake


Cupcakes # 2


Kek Lapis Legit




Thursday, October 1, 2009

Open House Delivery # 1

Self collect @ 01 Oct 2009

Thanks Dila for your continuous support

Lapis Legit Mixed Fruits @ 2 (8" x 8")
Lapis Legit Masam Manis @ 2 (8" x 8")
Lapis Legit Mocca/Pandan @ 1 (8" x 8")

Tuesday, September 15, 2009

Aidil Fitri 2009 @ Delivery


10 @ (8" x 8") Kek Lapis delivered @ 15 September 2009

(Lapis Buah Campuran, Lapis Cappucino, Lapis Masam Manis, Lapis Keladi)

5 @ (7" x 7") Kek Lapis - self collect @ 16 September 2009
(Lapis Buah Campuran, Lapis Masam Manis, Lapis Cadbury)
 

Blog Template by YummyLolly.com