Wednesday, November 11, 2009

Kek Lapis

Kek selepas dipotong


Potongan sisi kek kelihatan seperti alunan ombak

Kek sebelum dipotong, pandangan atas

Kek Lapis Alunan Peppermint

Kek ini saya olah sendiri resepinya .... kepada sahabat-sahabat online, bolehlah mencuba resepi ini. Kek ini seperti biasa kek-kek lapis yang saya buat adalah versi Legit Lembab.

RESEPI KEK LAPIS ALUNAN PEPPERMINT

Bahan-bahan A

500 gm pure butter (saya menggunakan AMUL)
400 gm susu pekat
2 sudu kecil perisa Peppermint

Kesemua bahan dipukul hingga putih, ketepikan.

Bahan B

10 biiji Telor Ayam Gred A
200 gm gula halus (saya menggunakan gula castor)
1 sudu makan ovelette

Kesemua bahan B dipukul sehingga gebu dan masukkan Bahan C sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati, masukkan kaya sehingga habis.

Bahan C

200 gm tepung halus ] * bahan ini diayak bersama
50 gm horlicks ]
20 gm susu tepung ]

170gm kaya

Bahan tambahan

Pewarna Ungu Violet
Pewarna Apple Green
Penekan Zig-Zag
Acuan 8" x 8" x 3"

Kacau mentega dengan menggunakan spatula/senduk kayu ke dalam adunan yang telah dicampur dengan Bahan B + C sehingga selesai. Kacau rata.

Bahagi adunan kepada dua bahagian (sama banyak), satu diwarnakan ungu dan satu lagi diwarnakan hijau.

Panaskan oven (saya menggunakan oven kek lapis), gunakan api biru supaya lapisan akan masak sekata.

4 lapisan adunan ungu, diikuti 4 lapisan adunan hijau (disetiap lapisan, tekan dengan penekan zig-zag untuk mendapatkan corak alunan), lakukan berselang-seli warna sehingga habis.

Setiap lapisan saya menggunakan 6 sudu makan adunan untuk acuan yang saya gunakan i.e 8" x 8" x 3".

Selamat mencuba & selamat melapis sahabat semua.

.
.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com