Bake this vanilla cupcakes with buttercream topping for my dearest brother and his family ..... it's a combination of yellow, pink and blue in this cupcake.
Friday, August 22, 2014
Thursday, August 21, 2014
Baking today
Creampuff with Italian Creme @ 150 pcs
Carrot Banana Walnut Cupcake with Cream Cheese Topping @ 24 pcs
Carrot Banana Walnut Cupcake with Cream Cheese Topping @ 24 pcs
Tuesday, August 19, 2014
Cake in a Jar - Rainbow
Another order from a dear friend.
Jar size / Topping @ minimum order 6 jars
200ml each @ RM6.00 with buttercream topping.
250ml each @ RM9.00 with buttercream topping.
200ml @ RM7.00 with creamcheese topping.
250ml @ RM10.00 with creamcheese topping.
Sangat sesuai dijadikan hantaran pertunangan / perkahwinan atau hadiah harijadi....
Monday, August 18, 2014
Thursday, August 14, 2014
Carrot Banana Walnut Cupcake
Bahan utama lobak merah, pisang berangan, walnut dan creamcheese sebagai topping.
RM55.00 @ 12 biji cupcake solo cup size M (minimum order).
RM55.00 @ 12 biji cupcake solo cup size M (minimum order).
Wednesday, July 2, 2014
Bun Manis Superbake GB
Roti / Bun yang dibuat kali ini menggunakan bahan Superbake GB.....tak perlu menggunakan telor di dalam adunan. Berat setiap doh kecil adalah 30 gm, dibiarkan naik dua kali ganda baru dibakar.
Kali ini akak guna mesin pengadun roti. Doh yang siap diadun dibulat2kan seberat 30gm dan kemudian dibiarkan naik dua kali ganda (lebih kurang 1 jam 30 minit), dibakar dalam oven kepanasan 180C selama 20 minit.

Carrot Walnut Cupcakes
Teringin nak makan kek ini. Hampir setahun tak buat kek lobak walnut ni tetapi bila rasa nak makan, kenalah rajin membuatnya. Kalau beli yang di kedai2 kek di luar sana....ada saja yang tak kena dengan selera.
Empat batang lobak diparut2 ditambah dengan kekacang walnut yang dikisar kasar......
Menggunakan lobak merah, walnut serta creamcheese topping sebagai bahan utama. RM50.00 @ 12 biji solo cup saiz M (minimum order).

Tuesday, February 11, 2014
Roti Manis
Resepi boleh lihat klik link ini:-
http://cakes-n-cakes.blogspot.com/2014/01/roti-kentang-bread-potato-hot-from-oven.html
http://cakes-n-cakes.blogspot.com/2014/01/roti-kentang-bread-potato-hot-from-oven.html
Saturday, February 8, 2014
Pau Kukus Inti Kacang Hijau
Resepi Pau Kukus
Bahan A
1 1/2 cawan air biasa
1 sudu besar minyak jagung
2 sudu teh yis serbuk mauripan (yis basah pun boleh tapi air biasa diganti dengan air suam)
Kesemua ini disatukan
Bahan B
675 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam halus
1/2 cawan gula kastor
Bahan B disatukan.
Cara membuatnya
Buatkan lubang di tengah-tengah adunan kering (Bahan B), tuang kesemua Bahan A, diratakan dan uli hingga doh lembut & tidak melekat ditangan lagi.
Perap 1 1/2 jam hingga doh naik dua kali ganda.
Apabila doh sudah naik, tekan2 doh lagi sekali untuk membuang udara di dalam adunan. Timbang lebih kurang 50gm (agak2 pun boleh), kalau ikut timbangan yang saya berikan ini, boleh dapat 26 biji pau......
Inti - beli yang dah siap atau buat sendiri (inti kacang hijau, kacang merah atau kaya, inti kelapa pun boleh digunakan)
Inti yang dibeli, dibulat-bulatkan anggaran duit 20 sen .... kalau adunan timbangan 50gm ini saya masukkan dua biji inti untuk setiap pau.
Pengukus hendaklah dipanaskan dan pastikan air kukusan sudah mendidih baru boleh dikukus......kukus 8 minit sahaja (sekiranya lebih masa, pau anda akan berkedut2).....

Wednesday, January 1, 2014
Roti Kentang / Bread Potato - Hot From Oven
Resepi Roti
70 gm ubi kentang lenyek @ kalau malas nak buat ganti je dengan tepung kentang
300 gm tepung roti (high protein flour)
1 sudu besar susu tepung
50 gm gula halus / kastor
1 sudu kecil garam halus
2 sudu kecil yis kering
30 gm butter (dicairkan)
1 biji telor (kacau dengan garpu, ambil sebahagian utk dimasukkan dlm adunan doh, lebihannya nanti digunakan untuk sapu atas roti)
135 ml air (boleh juga diganti menggunakan susu segar)
Cara Membuatnya
Kesemua bahan-bahan kering disatukan, masukkan telor, air dan butter yang telah dicairkan. Uli hingga menjadi doh yang licin.
Tutup doh dengan kain lembab, biar hingga naik dua kali ganda.
Apabila doh sudah naik, tumbuk2 untuk membuang udara didalamnya.
Bahagi doh kepada sembilan (9) bahagian, bulat-bulatkan dan susun dalam loyang empat segi.
Biarkan doh di dalam loyang naik +/- 45 minit gitu.....
....Panaskan oven 180C terlebih dahulu....
Apabila doh sudah naik, sapukan telor di atas permukaan doh. Kemudian paipkan inti kastad di atas roti (ikut suka lah nak corak macamana).
Bakar roti selama 20 minit, bahagian permukaan roti akan bewarna coklat .....
Biarkan sejuk seketika barulah dikeluarkan dari acuan.
Resepi Inti Kastad
2 biji telor
1 sudu besar kastad
1 sudu besar gandum
1 cawan susu segar
1/2 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula
1 sudu besar butter
Masukkan kesemua bahan dalam periuk, dikacau2 rata & masak atas api sederhana. Hendaklah sentiasa dikacau sehingga likat dan berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk.
Apabila sejuk, masukkan dalam plastik icing atau plastik empat segi biasa, potong hujung (kecil) untuk dijadikan paip mengeluarkan kastad nanti.
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Posts (Atom)