Thursday, September 10, 2015
Laksam
Resepi Laksam (untuk 3 orang makan)
900 ml air
250 gm tepung beras
1/2 cawan gandum
secubit garam
Kacau kesemua bahan ini dan tapis.
Panaskan pengukus serta sediakan loyang bulat (atau guna tudung periuk), sapu loyang dengan minyak untuk menggelak laksam dari melekat atau sukar digulungkan.
Pastikan pengukus anda mendidih sebelum proses mengukus laksam dilaksanakan.
(TIPS: Saya meletakkan loyang terus di atas air yang mendidih di dalam periuk pengukus kerana ini akan mempercepatkan proses mengukus laksam)
Letak loyang yang telah disapu minyak ke dalam pengukus yang telah mendidih. Tutup pengukus dlm 2-3 minit, angkat penutup dan tuang sesenduk adunan laksam ke atas loyang, pastikan permukaan loyang rata dengan adunan ini. Tutup pengukus dengan penutup dan biar lebih kurang 5 minit (bila anda membuka penutup, laksam akan kelihatan agak mengelembung.....tanda sudah boleh diangkat).
Hati-hati ketika mengangkatnya........sengetkan loyang dan gulung setiap kali selepas laksam masak. Ulang memasak sehingga habis.
Resepi Kuah Laksam
Bahan A
1 biji kelapa parut (ambil santan sederhana pekat @ 1000 ml)
bahagikan santan ini - 1 mangkuk untuk kisar isi ikan, 1 mangkuk untuk kisar bersama bahan B
Bahan B
1 kg ikan kembong / ikan sardin - dipanggang kosong, ambik isinya dan kisar hancur bersama dengan 1 mangkuk santan
Bahan C
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci balacan
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam (atau lada hitam biji yang dikisar .... ini lebih sedap daripada serbuk lada hitam yang dibeli siap dlm botol)
Kisar kesemua bahan C ini bersama 1 mangkuk santan.
Masukkan kesemua bahan A,B,C ini ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga mendidih, pastikan anda mengacaunya untuk mengelakkan santan berketul2.
Masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa.
Sambal Belacan
7 biji cili merah
2 biji cili padi
1 inci belacan
3 biji limau kasturi (buang biji2)
garam / gula
Kesemua bahan ini dikisar bersama termasuk limau kasturi serta kulitnya.....pastikan biji limau kasturi dibuang terlebih dahulu.....tambah garam/gula sebagai penyedap rasa.
Bahan Ulaman (yang paling simpel & mudah didapati di pasar)
Kacang panjang - dihiris nipis2
Timun - dihiris batang mancis
Daun kesum @ daun selasih - dihiris nipis
Gaulkan kesemuanya dan boleh dihidang bersama laksam anda.
Wednesday, September 9, 2015
Cooked Flour Buttercream
❤️Cooked Flour Buttercream
Bahan-bahannya:-
240 ml @ 1 cawan susu segar
4 sudu makan tepung gandum
225 gm butter lembut
130 gm gula halus
1/2 sudu makan garam halus
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
- Masukkan susu dan tepung dalam periuk, kacau rata dan masak atas api sederhana sehingga likat. Dikacau sewaktu memasak supaya adunan tidak berketul-ketul.
- Apabila sudah likat, tutup api dan biarkan adunan ini sejuk pada suhu bilik.
- Masukkan 1 sudu teh esen vanilla dalam adunan yg telah sejuk dan dipukul dengan handmixer hingga rata. (Adunan A)
- Pukul butter dan gula dalam mangkuk berasingan sehingga kembang. Pastikan gula hancur sepenuhnya. (Adunan B)
- Masukkan kesemua adunan A ke dalam adunan B. Pukul dengan handmixer sehingga gebu dan adunan sebati sepenuhnya.
- Bolehlah dihiaskan di atas kek anda.
- Anda boleh menyimpan buttercream ini di dalam petisejuk untuk kegunaan di lain masa. Keluarkan adunan sejuk sekurang2nya 3 jam sebelum digunakan.
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Posts (Atom)