Monday, January 17, 2011

Banana Walnut Pie

Hari ni ambil kesempatan mencuba resepi baru yang sesuai dimakan waktu 'hi tea', berkhasiat dan mudah membuatnya.








Tempoh persiapan keseluruhan +/- 2 jam.

Bahan Kulit

125 gm gandum serbaguna
1 1/2 sudu kecil rempah kuih
2 1/2 sudu besar gula perang
60 gm butter
2 biji telor kuning

Kesemua bahan di atas diratakan dan diuli hingga lembut.  Simpan dalam plastik dan masukkan dalam petisejuk selama 30 minit.
Selepas 30 minit, doh digelek rata dan letakkan di acuan pie berukuran 8".  Letak 'aluminium foil' di atas doh yang telah disiap dan masukkan walnut / hazelnut diatasnya.  Bakar 8 minit dalam api 200 darjah celcius dan keluarkan aluminium foil beserta walnut/hazelnut.  Bakar lagi kulit pie di dalam oven selama 5 minit lagi dan keluarkan.

Bahan Inti

60 gm butter
60 gm gula perang
2 biji pisang masak (1 biji dilenyek, 1 biji dihiris-hiris)
30 gm tepung serbaguna

Pukul kesemua bahan kecuali pisang yang telah dihiris.  Biarkan bahan inti rata dan sebati.

Susun hirisan pisang di dalam kulit pie yang telah dibakar tadi dan masukkan inti sehingga menutupi keseluruhan permukaan pie.  Taburkan walnut cincang atau hazelnut sebagai hiasan sebelum membakarnya.

Bakar selama 30 minit dlm kepanasan 150 darjah celcius atau sehingga permukaan atas kekuningan.

Bahan Hiasan

sedikit gula icing (untuk hiasan)
35 gm walnut atau hazelnut

Apabila pie sudah masak, angkat dari oven dan pelahan2 taburkan gula icing di atas pie dan sekiranya menggunakan acuan 8", anda akan mendapat 12 potong hirisan pie.

SELAMAT MENCUBA

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com