Wednesday, January 19, 2011

Cinnamon Rolls

Cinnamon Rolls ini hasil cubaan pertama.  Menggunakan resepi dari buku resepi hadiah harijadi yang diterima dari adik ipar baru-baru ini.

Rupanya mudah aja nak membuatnya ... tak sampai dua jam dari mula hingga siap dibakar untuk dimakan.


  


Jomlah kita mencuba resepi ini.

Bahan Doh

250 gm tepung naik sendiri
secubit garam
90 gm butter
170 ml susu segar (ini hanya anggaran sahaja, saya tidak menggunakan kesemua sukatan ini untuk menyiapkan doh)

Gaul tepung, garam, butter sehingga menjadi rata.  Masukkan susu segar sedikit2 sambil diuli sehingga menjadi doh lembut dan tidak melekat ditangan.

Gelek doh menjadi segi empat memanjang dan sapukan inti di atas doh dan gulungkan memanjang.  Kemudian dipotong-potong anggaran ketebalan 1" setiap potongan.  

+/- 12 potong doh dan susun di atas loyang pembakar, jarakkan antara satu sama lain kerana doh akan mengembang apabila dibakar nanti.

Isi (untuk disapu di atas doh)

60 gm butter
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Pukul kesemua bahan ini hingga rata dan kembang, sapu di atas doh yang telah digelek sebentar tadi.

Gula Ising

60 gm gula ising
2 sudu besar air panas mendidih

Pukul hingga kembang di dalam bekas yang kecil.  Icing ini adalah untuk disapu di atas cinnamon roll yang telah siap dibakar.  Apabila cinnamon roll sejuk, sapu atau gunakan sudu kecil untuk menghiaskan icing di atas roll.

Selepas beberapa minit icing akan mula mengeras di atas cinnamon roll.




SELAMAT MENCUBA




0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com