Friday, July 27, 2012

Apam Tepung Beras Tapai Pulut



Cara orang dolu-dolu buat apam ni memang menggunakan tapai pulut/beras/ubi.....sekarang dah moden, ada yang menggunakan penaik roti Mauripan.


Resepi Apam


250 gm tepung beras
1/2 cawan gula
2 sudu besar tapai pulut *
2 cawan air







* tapai pulut sy buat sendiri je, duk kat Kajang susah juga nak cari tapai pulut.

Semua bahan di atas dicampur dan kisar hingga rata.   Simpan dlm bekas tertutup @ 5 jam.

Sebelum mewarna, masukkan .....
2 sudu kecil ENO, dan kacau hingga kembang, biarkan 10 minit

Bahagikan adunan kepada dua / tiga bahagian & kacau warna kegemaran anda


Air Pengukus hendaklah mendidih sebelum mengukus apam ini.  
Terlebih dahulu, sapu sedikit minyak di setiap acuan bagi memudahkan anda mengeluarkan apam apabila siap dikukus.


Kukus acuan apam selama 5 minit baru dituang adunan ke dalam acuan dan kukus 15 minit.
Angkat dan sejukkan.


Hidangkan bersama kelapa parut**


** 1 cawan kelapa parut (isi sahaja) + Garam + Gula 

1 comments:

tapai pulut daun getah said...

lihat cara pembuatan tapai pulut di www.sukriramli.tk atau lawati facebook kami www.facebook.com/tempahantapaipulut

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com