Acuan/loyang berukuran 8" x 4.5" x 4.5"
Bahan-bahan
- 5 biji telur A (dari peti ais)
- 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
- 150 ml susu cair
- 180g gula halus
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar ovalette
- 1/4 sudu kecil garam
- 125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna(cadangan sahaja, boleh guna menggunakan esen vanilla sahaja tetapi dipelbagaikan warna2nya)
- coffee flavor coklat @ hitam
- pes pandan - hijau
- pes bluberi - pewarna ungu
- pes strawberi - pewarna pink
- perisa esen vanilla plain
Cara-cara :
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang disapu mentega dan alas dengan kertas minyak.
- Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
- Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian @ lebih kurang 170 gm setiap bahagian. 2 bahagian dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee
- Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
- Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
- Kek yang sudah masak hendaklah dibiarkan sejuk sebelum dipotong.
Terima kasih kepada DayangJack atas perkongsian resepi.