Sunday, January 24, 2016
Kuih Belimbing aka Churros
Bahan A
1 cawan air
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula
Bahan B
1 cawan tepung
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Bahan C
2 biji telor ayam
Bahan D
Gula icing untuk hiasan
Cara membuatnya
Bahan A dimasak dengan api sederhana hingga mendidih. Pelahankan api dan masukkan bahan A, kacau hingga adunan menjadi doh lembut.
Sejukkan doh.
Apabila doh telah sejuk, masukkan telor ayam satu persatu dalam doh dan pukul hingga lembut.
Masukkan doh yang telah siap ini ke dalam 'piping bag' dan masukkan acuan icing 1M.
Panaskan minyak dan paipkan doh ke dalam minyak panas dan goreng kekuningan.
Angkat kuih belimbing / churros dan susun didalam pingan.
Tabur gula icing di atas kuih dan siap untuk dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment