Alhamdulillah, managed to bake this tradisional Malay kuih lapis & cinnamon rolls for my beloved family members.
Tuesday, October 20, 2015
Baking today
Alhamdulillah, managed to bake this tradisional Malay kuih lapis & cinnamon rolls for my beloved family members.
Saturday, October 17, 2015
Kuih Lapis
KUIH LAPIS KUKUS
Bahan-Bahan
- 2 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan + 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
- 1/4 sudu teh garam
- sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
- Panaskan pengukus dan sediakan loyang 7 inci. Lapis plastik dalam loyang bagi memudahkan kuih lapis dikeluarkan selepas siap kukus.
- Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
- Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.
Thursday, September 10, 2015
Laksam
Resepi Laksam (untuk 3 orang makan)
900 ml air
250 gm tepung beras
1/2 cawan gandum
secubit garam
Kacau kesemua bahan ini dan tapis.
Panaskan pengukus serta sediakan loyang bulat (atau guna tudung periuk), sapu loyang dengan minyak untuk menggelak laksam dari melekat atau sukar digulungkan.
Pastikan pengukus anda mendidih sebelum proses mengukus laksam dilaksanakan.
(TIPS: Saya meletakkan loyang terus di atas air yang mendidih di dalam periuk pengukus kerana ini akan mempercepatkan proses mengukus laksam)
Letak loyang yang telah disapu minyak ke dalam pengukus yang telah mendidih. Tutup pengukus dlm 2-3 minit, angkat penutup dan tuang sesenduk adunan laksam ke atas loyang, pastikan permukaan loyang rata dengan adunan ini. Tutup pengukus dengan penutup dan biar lebih kurang 5 minit (bila anda membuka penutup, laksam akan kelihatan agak mengelembung.....tanda sudah boleh diangkat).
Hati-hati ketika mengangkatnya........sengetkan loyang dan gulung setiap kali selepas laksam masak. Ulang memasak sehingga habis.
Resepi Kuah Laksam
Bahan A
1 biji kelapa parut (ambil santan sederhana pekat @ 1000 ml)
bahagikan santan ini - 1 mangkuk untuk kisar isi ikan, 1 mangkuk untuk kisar bersama bahan B
Bahan B
1 kg ikan kembong / ikan sardin - dipanggang kosong, ambik isinya dan kisar hancur bersama dengan 1 mangkuk santan
Bahan C
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci balacan
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam (atau lada hitam biji yang dikisar .... ini lebih sedap daripada serbuk lada hitam yang dibeli siap dlm botol)
Kisar kesemua bahan C ini bersama 1 mangkuk santan.
Masukkan kesemua bahan A,B,C ini ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga mendidih, pastikan anda mengacaunya untuk mengelakkan santan berketul2.
Masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa.
Sambal Belacan
7 biji cili merah
2 biji cili padi
1 inci belacan
3 biji limau kasturi (buang biji2)
garam / gula
Kesemua bahan ini dikisar bersama termasuk limau kasturi serta kulitnya.....pastikan biji limau kasturi dibuang terlebih dahulu.....tambah garam/gula sebagai penyedap rasa.
Bahan Ulaman (yang paling simpel & mudah didapati di pasar)
Kacang panjang - dihiris nipis2
Timun - dihiris batang mancis
Daun kesum @ daun selasih - dihiris nipis
Gaulkan kesemuanya dan boleh dihidang bersama laksam anda.
Wednesday, September 9, 2015
Cooked Flour Buttercream
❤️Cooked Flour Buttercream
Bahan-bahannya:-
240 ml @ 1 cawan susu segar
4 sudu makan tepung gandum
225 gm butter lembut
130 gm gula halus
1/2 sudu makan garam halus
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
- Masukkan susu dan tepung dalam periuk, kacau rata dan masak atas api sederhana sehingga likat. Dikacau sewaktu memasak supaya adunan tidak berketul-ketul.
- Apabila sudah likat, tutup api dan biarkan adunan ini sejuk pada suhu bilik.
- Masukkan 1 sudu teh esen vanilla dalam adunan yg telah sejuk dan dipukul dengan handmixer hingga rata. (Adunan A)
- Pukul butter dan gula dalam mangkuk berasingan sehingga kembang. Pastikan gula hancur sepenuhnya. (Adunan B)
- Masukkan kesemua adunan A ke dalam adunan B. Pukul dengan handmixer sehingga gebu dan adunan sebati sepenuhnya.
- Bolehlah dihiaskan di atas kek anda.
- Anda boleh menyimpan buttercream ini di dalam petisejuk untuk kegunaan di lain masa. Keluarkan adunan sejuk sekurang2nya 3 jam sebelum digunakan.
SELAMAT MENCUBA
Monday, June 15, 2015
Cinnamon Roll with Cheese Topping
❤️ Cinnamon Roll ❤️
Bahan Cair
30 gm air
185 gm susu segar
1 biji telur (dikacau2)
1/4 sudu kecil esen vanilla
57 gm butter/marjerin - dicairkan terlebih dahulu
Bahan Kering
32 gm gula halus
1 sudu kecil garam
530 gm Tepung
Bahan A
57 gm mentega cair, untuk disapu atas doh sebelum dibakar
Bahan B (inti kayu manis)
1/3 marjerin - untuk disapu atas doh sebelum ditabur gula kayu manis)
1/3 marjerin - untuk disapu atas doh sebelum ditabur gula kayu manis)
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula halus
1 1/2 sudu makan serbuk kayu manis (cinnamon)
Digaul kesemuanya dalam mangkuk.
Bahan Glaze (untuk dituang atas roti yang siap dibakar)
¼ cawan Cream Cheese,
1 sudu makan marjerin
1 1/4 cawan gula icing (diayak)
½ sudu kecil esen vanila
Campurkan kesemua bahan ini dan sedikit2 masukkan susu suam sehingga anda mendapat konsistensi likat cair.
4 sudu makan susu segar (dipanaskan seketika @suam)
Cara membuatnya (menggunakan Breadmaker)
1) masukkan bahan cair ke dalam mangkuk breadmaker
2) kemudian tuang kesemua bahan kering ke dalam mangkuk breakmaker
3) dan akhir sekali tuangkan sepaket yis kering
4) setkan breadmaker anda kepada Mengguli Adunan dan biarkan ianya diproses sehingga selesai, ketika ini adunan anda sudah naik gebu.
5) Sementara adunan gebu, siapkan bahan A & B
6) Keluarkan adunan yang sudah naik gebu dari breadmaker, sapu minyak jagung atas meja mengguli. Gelek adunan memanjang lebih kurang 18" x 10"
7) sapu marjerin di kesemua permukaan adunan yang sudah digelek
8) Tabur kesemua bahan B atas permukaan adunan yang telah disapu marjerin tadi
9) Gulung rapat2 memanjang dan diakhir gulungan itu sapu sedikit air untuk memastikan ianya melekat dibahagian akhir
10) Potong sama besar sebanyak 16 potongan

11) susun di atas loyang berukuran 16" x 16"
12) biarkan adunan naik dua kali ganda (1.5 jam)
13) panaskan oven 180C selama 10 minit sebelum membakar roti anda
14) sapu marjerin cair atas adunan di dalam loyang anda & bakar lebih kurang 20 - 25 minit sehingga roti kekuningan.
15) keluarkan roti dan semasa panas, tuangkan adunan glaze di atas permukaan roti anda.
SELAMAT MENCUBA
Tuesday, March 3, 2015
Bahulu Cermai "Woh Ulu"
Alhamdulillah, dengan waktu yg ada, dapat buat bahulu untuk mami. Sebutan loghat Terengganu "woh ulu"
Menggunakan loyang bahulu cermai mini @ 12 lubang.
Kalu nak cuba, ni resepinya:-
5 biji telor A
7 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen Pisang
8 sudu besar (bumbu) tepung
Satukan telor, gula & esen pisang, pukul dgn kelajuan maksima hingga adunan kembang & gebu. Pelahan kelajuan mesin adunan kpd sederhana...masukkan tepung sedikit2 hingga habis. Pukul lagi hingga adunan rata.
Panaskan oven 200C lebih kurang 30 minit sebelum membakar bahulu.
Tips supaya adunan tidak melekat pada loyang bahulu anda.
Rendam loyang semalaman dengam air asam jawa. Keesokannya bersihkan dengan air biasa. Keringkan loyang dalam oven supaya air kering. Keluarkan loyang, tuang minyak masak dalam setiap lubang cermai, masukkan dalam oven yg kepanasan 60C selama 1-2 jam. Setelah itu, tuang lebihan minyak untuk digunakkan sebagai sapuan sebelum membakar bahulu.
Setelah loyang dah siap & oven dah panas, masukkan adunan sesudu kecil dalam setiap acuan itu. Bakar 10 minit. Keluarkan bahulu dari loyang menggunakan lidi. Ulang sehingga semua adunan siap dibakar.

Monday, March 2, 2015
Bahulu oooo Bahulu
Hari ini mencuba bahulu pulak.....kenapa bahulu? Ceritanya ..... ibu tersayang pagi-pagi talipon katanya dah lama teringin makan bahulu. Bukan tak boleh beli tapi bila ibu tersayang cakap macam tu, sebagai anak, faham-faham saja la.....
Nasib baik bahan-bahan nak buat bahulu sediada ... apa lagi, lepas si bongsu Aiman ke sekolah, ibunya pun teraksi di dapur....
Loyang bahulu tak ada, ada aku kesah....guna muffin papercup saja....inilah hasilnya BAHULU versi Moden.
RESEPI BAHULU
5 biji telur A
180 gm gula halus @ 7 sudu besar
1 sudu kecil esen Pisang @ Vanila
125 gm tepung gandum
Cara membuatnya
Campurkan telur, gula halus & esen - pukul dengan High speed hingga adunan kembang & ringan. Masukkan tepung sedikit sedikit sehingga habis.
Sementara itu, pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu @ 180C.
Sudukan dalan loyang bahulu kalau ada....kalau tak ada, 'tirulah macam saya", guna papercup saja.
Bakar selama 10 - 15 minit sehingga permukaan bahulu keperangan....angkat & sejukkan.
+ SELAMAT MENCUBA +

Subscribe to:
Posts (Atom)